~Pesanan Penaja~

Saturday, 24 September 2011

Masalah vs Persiapan...

Salam semua! Aduyai..lamanya kami tak buka blog ni..Sebelum tu kami nak ucapkan Salam Aidilfitri, Selamat Hari Merdeka & Salam 1 Malaysia sempena Hari Malaysia..huhu..Lambat sangat2 da yer...Maaf ye kawan2, tayar keretapi kami pancit..heheh..=P

Wahh..terbeliak mata kami bila singgah kat blog kawan2 blogger tadi..B2B semuanya dah sibuk dengan persiapan masing2..Kami yang lama menyepi ni pun bukan sebab sibuk dengan persiapan kahwin, malah satu apa pun kami tak buat lagi!Aduh..=.=' Dahla kami rancang nak buat majlis awal tahun depan,sekarang tinggal beberapa bulan je lagi...hurmm..=(

Sebenarnya kami terlalu banyak dilanda masalah sampai dah tak larat kami nak hadapi..Alhamdulillah,Mr. Fiance sentiasa ada di sisi kami dan menyokong kami..Dan yang pasti masalah2 yang kami hadapi bukanlah antara kami dan Mr.Fiance,cuma masalah2 itu yang dah melambatkan persiapan kami ke arah perkahwinan nanti..

Apa kami nak buat ni?Tak ada satu persiapan pun..Paling teruk, kursus pun belum lagi ni..(T.T)  Ya Allah,berilah kami kekuatan..Kami dah fikir masak2, majlis di pihak kami nanti adalah yang paling ringkas semampu yang kami boleh buat je..Dan mungkin ianya takkan sama dengan majlis kawan2 sekalian..Sejujurnya kami tak mampu..huk2..Mungkin jugak majlis tu tak seperti yang kawan2 dapat bayangkan,tapi asalkan ianya memenuhi objektif majlis perkahwinan yang sebenarnya,itu dah cukup memadai bagi kami..

Upacara akad nikah itu wajib la,untuk menghalalkan hubungan antara kami & Mr.Fiance..Dan majlis kenduri adalah untuk menghebahkan kepada orang ramai bahawa kami & Mr.Fiance telah selamat disatukan..Itu adalah pegangan yang kami percaya selama ni..Jadi kepada kawan2 sekalian,janganlah ada yang terkejut bila tengok majlis kami nanti biasa2 aje ye..Sesungguhnya kami tak dapat mengelak dari ketentuan Allah yang banyak menurunkan ujian pada kami & Mr.Fiance sejak akhir2 ni..Kami cuma mengharapkan kawan2 sudi mendoakan kesejahteraan kami dan semoga majlis kami nanti dapat berjalan lancar walaupun dengan penuh kesederhanaan..Amin..

0 comments:

Post a Comment